Friday, September 3, 2010

Berbuka Puasa di Uk Restaurant, kajang


semalam .. which is 2/9 i berbuka puasa kat uk restaurant, kajang..(nama restaurant tu macam pelik sikit.. hik3..uk??)  btw.. harus ker bagitau semua??(ini adalah entri kali ketiga sal berbuka puasa)  of course harus.. hak3.. because that is the best moment au.. so i`m trying sedaya upaya untuk megekalkan moment2 tersebut dengan membuat entry disini.. suatu hari nanti i boleh imbas kembali.. heee.. dat why i tulis..

ouh ya kali ni i pergi berbuka ngan Encik Alif and Cik Amira..
siapakah mereka.. jeng3.. suprise.. hahaha..
actually i ngan encik Alif satu sekolah dulu..which is smktm 1.. tapi bukan sekelas.. juga bukanla kenal sangat. just kenal dia sebgai buaya darat disekolah.. hahaha.. (y ni tak tipu)
manakala cik Amira pulak besties i kat sini.. which is putrajaya.. i kenal dia masa i kerja kat Google Alamanda after spm ritu.. dan disitulah bermulanya persahabatn we all.. kira kawan baik i la cik amira ni..

pada suatu hari sang kancil ada satu hari tu i ngan cik amira jalan jalan (masa ni waktu rehat kitaorang) tertiba i terjumpa encik Alif kat halaman alamanda.. terkezut seketika tapi bcoz of satu sekolah kan so i tegurla dia..dan disinilah sebuah kisah cinta bermula..(ala ala jatuh cinta pandang kedua.. mengapa kedua?? next time i citer) chewah.. i pun tak tahu macam mana mereka berdua leh tersangkut .. berkenan lak mira ngan si alif tu.. hee.. kalo alif berkenan ngan kawan i , i tak heran.. coz kawan i cantik.. hahaha.. so dipendekkan story sekarang ni mereka berdua couple.. dah nak masuk dua tahun setengah dah pun.. dan secara directly kami bertiga menjadi kawan baik.. hee..

ouh ya.. actually juga.. ini adalah first time kami2 berjumpa after berhenti kerja tahun 2008 haritu.. kiranya dua tahun sudah la.. eventhought rumah hampir2 dekat jerk (mira tinggal kat cyberjaya) tapi because of ketidaksempatan waktu plus kebusyan sebagai student membuatkan kita orang tak pernah lagi jumpa..  but surprise! .. mereka berdua da habis belajar da pun (diorang belajar kat poly.. amik dipl dua tahun jerk) so skang they all da kerja dah..cepatnya masa berlalu..

so inilah yang i nak cerita.. hee..
dah lama tak jumpa diorang so i memang gile excited la nak jumpa cik amira.. .. rindu la katakan..
so kawan i ambil i kat putrajaya sentral (ta sempat nak balik rumah dulu coz kelas i habis kul 2 lebih) dengan kete kembaranya dalam kul 5.15 ..
first thing first yang i dapat katakan.. cik amira sudah matang.. huaa... yer la dia da kerjakan.. mana nak sama ngan  i yang berjiwa kebudak budakan lagi..hee.. kita oraang kemudian bertolak g alamanda amik Alif.. boyfienya.. hahaha..

kemudian kita orang bertolak ke kajang untuk berbuka puasa..(kata amira dia da bosan makan kat alamanda) wah lenguh jugak la duduk dalam kereta tu.. jauh kowt.. dengan jem nyer lagi.. encik Alif lak tak habis2 bahan i.. huhuhu.. sengal.. riuh jugak la dalam kereta tu ngan gelak ketawa kami kami bertiga..

nak nak they all asyik cakap "ain ni lepas dua tahun baru nak jumpa, lepas ni dua tahun kemudian la pulak baru jumpa" ceys.. padahal mereka yang busy.. 

dalam kul 6.15 kita orang sampai kat uk restaurant tu.. ni first time i pergi sana.. agak menarik juga restaurant dia..santik! bila sampai diaorang pergi reserve dulu.. sementara i tunggu dalam kete.. disebabkan awal lagi so kita orang bertolak ke bazar ramadhan.. juga y pertama kali i pergi.. hahaha..

bila da pergi bazar harusla berjalan bertiga kan.. tapi tapi.. mengapa tertiba i rasa kaget sangat erk.. heee..sungguh i rasa seperti kebudak budakan .. hahaha.. ini kerana cik Amira dia pakai higheel punya la tinggi (lima inci i rasa) .. dia lak yang memang dah tinggi sikit dari i.. so semakin pendek la i disitu.. eventhought i pakai heel juga( tapi heel i dua inci jerk kowt.. tak pun tiga).. memang terserlah perbezaan disitu..
pastu gaya penampilannya pun kemas jerk.. tak sama ngan i ... yang pakai tudung pun silang ketepi jerk.. hee~~ tak reti la i nak pakai tudung pin kiri n kanan ni.. tak tahula kenapa payah sangat i nak pakai tudung betul2.. apakh kerana i terpaksa pakai tudung.. teeettt!!! tipu.. i pakai tudung sejak dari azali lagi hahaha.. (i start pakai tudung from tingkatan satu.. lama dah tu.. tapi mengapakah??)

so then encik alif pun memang seorang yang tinggi sikit dari cik amira.. so seriously i rasa macam berjalan ngan kakak2.. hak3..(pada i diorang look sesuai la ngan umur dua puluh tapi i?? tak matang langsung.. ceys) segan gilew.. hee..dah tu alif tu pulak tak habis2 bahan i.. dia kata i semakin berisi.. ceys!! ye ar.. sedar diri.. hak3.. berat badan i da semakin naik nih.. nak2 dua tiga hari ni duk makan benda sembarangan.. tapi tapi.. logical la kan.. da dua tahun tak jupa harus muka ku membulat.. lalala.. tapi dia pun sama sebenarnya.. hahaha.. tak mau mengaku.. dia jahat.. hee~`

after puas jalan2 di sana kita orang singgah ke butik2 before ker restaurant.. sementara menunggu waktu berbuka.. dalam kul 7 tu baru p restaurant balik.. memang ramai gila orang kat sana..
kat sana kita orang berbuka dengan sup ayam, daging masak merah, ikan masak masam manis kowt, telur dadar dan sayur masak kailan ikan masin.. with puding caramel ngan putu ayu..(beli kat bazar) tapi haru sekali eventhougt da reserve awal2 .. but masa azan tu still juga air tak sampai.. lama juga kita orang menunggu.. beberapa minit kemudian baru la sampai.. orang juice one jug!!

dan bertambah haru juga..sebenranya makanan y i sebut kat atas tu pun lambat sampai jugak..so kita orang berbuka ngan ikan n sup ayam jerk.. da hampir separuh baru la benda2 lain datang ... so tak habis la jawabnya .. hahaha.. nak2 diorang give me one telur dadar ngan sepinggan sayur.. ouh tidakkk!! i tak makan sayur kailan tu.. awal2 i da tolak sebab i tak makan sayur.. wee~~ telur dadar pun makan sikit jerk..

tapi makanan dia memang best lagi lagi sup dia.. superb gilew..sedap..ngeh3... dalam kul 8 kita orang balik.. mereka 2 berdua hantar i ker rumah.. betul2 depan apartment.. heaven.. hahaha.. kul 8.20 sampai rumah (giler sekejap perjalanannya  nak dibandigkan masa pergi tadi).. balik2 mandi online sekejap.. n pengsan sampai pagi esoknya.. heee.. itu saje..

btw kali ni takder gambar..eventhough i actually bawak cam tapi tak ambik pun.. sebab i segan.. huaa.. yer la.. takkan la i nak wat cara i ngan berbudak2 yang lain ngan mereka berdua.. sedaya upaya i menjaga reputasi supaya dapat berdiri setanding ngan mereka yang agak matang itu.. hahaha..

kalo nak tahu kan.. dulu diorang berdua first sem dapat result higher tau.. dalam hati i masa tu i cakap.. selagi i tak dapat dean list i tak mahu jumpa diorang.. hak3.. gila jelous.. (jelous ngan kepandaiian daorang..)

but syukur sesangat because sem 3 i start got dean..
..hee.. sukew..

n now.. sukacitanya..i nak cakap selagi i tak mematangkan diri sendiri.. selagi tu i tak nak jumpa diaorang.. hahaha.. segan.. lalala..

btw i teramat enjoys ngan perjumpaan kali ini..
nak nak bila mereka berdua yang belanja i.. hak3..
actually masa balik tu i nak bayar y makan tu.. i cakap la" mira berapa yang tadi??"
kata cik amira "berapa apa"
"makan tu la."
dan dengan segeranya mereka berdua menjawab "haish ain.. ada ker patut tanya.. tak payah bayar la.. kitaorang belanja .. apa la ain ni.. kitaorang kan dah kerja.."
hambik ko kena membebel.. hak3..
kata i " ouh ye ker.. kalo camtu kena la bagi duit raya.. hee"

btw because of takder gambar so i pun tanpa segan silu mencurik gambar mereka dalam face book.. dan diedit.. hahaha.. nak wat kenangan..


apa apapun terima kasih sesangat pada korang.. semoga panjang umur , murah rezeki.. cepat kahwin.. hahaha.. jangan lupa jemput ain.. kalo lupa siap korang.. wee~~

before balik mereka berdua cakap.. "nanti dua tahun lagi jumpa balik, tahun 2012"

ceys mereka memerli ku.. hahaha..
okeys tamat suda...

p/s:- i nak pergi uptown or downtown.. nak shopping..heee.. by semua.. lalala..