Saturday, August 28, 2010

Wajarkah kite percaya????

amaran:- entri ini agak panjang..!!


(ini hanyalah contoh)

so pernah tak ader sesiapa yang dapat benda benda macam ni?? tak kira la sama ada melalui email ker fb or phone mesej, or maybe jugak dalam plain paper yang dihantar atau dijumpai disekitar rumah atau mana mana jer lah.. yang penting something yang relate like dicontoh diatas..

kalo ader apa masalahnya.. hee.. ni la y saya nak membebel.. wee~~ anda perasan tak ada sesuatu yang tak kena kat situ.. hee.. ker saya jer yang ter pikir lebih sehingga merasakan ada sesuatu yang tak kena ngan ayat ni.. ok lets look.. ouh iye for the first.. ayat ni actually i got thru phone(msj) dihantar oleh my friend n  then i salin balik .. but bukan  about my friend y i nak story skang.. coz i percaya y dia pun dpt msj tu melalui kawan2 yang lain.. so artikel ini langsung tak relate ngan kawan kawan saye ok..

ok back to da topic.. apa masalahnya ngan ayat diatas.. kalo bacer rasanya semua tu betul la kan.. JANGAN!! JANGAN!! JANGAN!!...semua tu nasihat.. dan I seriously totally setuju ngan segala ayat y diberi .. soalnya kenapa harus ada ayat ini

sy ber`sumpah demi Allah Swt demi Islam ,
& demi ajaran agama

sy akn menyebarkan SMS ini ke-15 teman sy,
apabila sy melnggar sumpah ni.
mka musibahkan selalu menimpa saya...

(ayat sedikit dipotong untuk menjadikan satu ayat y lain)

so.. kenapa harus ada ayat yang bold merah itu.. haish.. dalam bab2 ni i memang selalu confius.. betulkah .. eii takutnya.. itu la y ada dalam pemikiran i ..

actually ini bukan kali pertama i terima benda benda macam ni.. banyak.. surat, email, from fb dan macam macam lagi.. yang sekarang sedang hangat diperkatakan (i think la) yang wasiat dari penjaga makam nabi kalo i tak silap.. dalam surat tu suruh sesiapa yang baca semua tu kena copy n then sebar kan lebih kurang 15 orang /30 copy kalau tak silap i.. kalo dulu hanya guna surat y juga orang panggil surat layang tu.. but know dalam fb pun da banyak.. i da pun terima sebanyak 2 kali or maybe lebih dari tiga.. juga yang sedang hangat disebarkan di fb yang mengatakan kiamat akan berlaku pada tahun 2012.. but sekarang i nak cakap sal yang ats ni not sal 2012 tu..

kalo ikut sudut positif memang segala benda benda macam ni ada maksud tersirat yang ingin disampaikan antara lain..

-jangan terlalu leka dengan dunia..
-sila kembali pada JALAN yang asal
-kiamat sudah hampir .. sila dekatkan diri anda kepada Tuhan..

for da conclusionya semuanya menginginkan segala para manusia a.k.a pembaca kembali pada jalan y benar.. (setakat y saya terima semuanya punya maksud y sama)
soalnya mengapa harus disetiap hujung "kata kata" itu harus ada tambahan seperti..

"sila sebarkan pada mereka yang lain (ayat ni sy tak kesah.. menyebarkan sesuatu y menuju ke arah kebaikan apa la asalahnya kan??) jikalau anda tidak menghiraukan "warkah" ini anda akan ditimpa musibah"

"jikalau anda tidak menghiraukan "warkah" ini anda akan meninggal dalam keadaan ngeri"

tak kurang juga y tulis 

" pernah suatu ketika ada yng menerima utusan ini tetapi dia tidak menghiraukan nya.. selang dua tiga hari kemudian dia ditemui mati dalam keadaan y mengerikan.."

kalo anda baca semua ni.. paling tidak mesti takutkan??
begitu juga saya..
soalnya betulkan semua benda ni...

ouh ya ada juga kata kata y berbentuk begini 

"jikalau anda menyebarkan utusan ini .. maka rezeki anda akan melimpah ruah.. cntoh :- encik x seorang papa kedana telah menerima warkah ini.. beliau kemudian membuat photocopy dan menyebarkan warkah ini.. bla bla bla... sekarang dia hidup kaya raya dengan rezeki y diperoleh"

so.. y berada dalam pemikiran sy sekarang nak percaya atau tidak benda ni?? sy sebenarnya tak suka orang hantar benda2 yang berunsur treat(ugutan) kat bawah..sbab benda tu kadang2 boleh memesongkan akidah.. pada saya la.. coz contoh sy akan terlalu percaya pada benda tu.. badan mula terketar ketar sebab takut lepas ni MATi kerana telah tak sengaja melanggar sumpah apabila tak menuruti "kata kata" yang diberi..

but until know i tak pernah sebarkan semua benda ni.. asal nampak jer .. terus delete.. nak2 bila i tahu kat bawah tu pasti ada amaran seperti y diatas..
dan seriously pada sy.. saya tak percaya benda ni..
okey.. pasti ada y akan menyoal.. "ko tak takut mati ker Fara .. langgar sumpah(padahal tak sengaja bersumpah.. dah orang tu y tulis "saya bersumpah".. so tak pasal2 diri kita y dikatakan berbuat sumpah).. coz ignore benda tu"

and jawapan klise saya pada diri sy sendiri "mati itu ditangan Tuhan.. kalo ditakdirkan saya mati selepas membaca ayat2 tersebut.. itu adalah diatas kehendak Tuhan.. langsung tak relate dengan BALASAN yang konon2nya diterima oleh mereka yang mengabaikan semua benda tu.."

dulu sewaktu saya tinggal dikampung.. rasanya dalam tingkatan dua or tiga kowt.. hampir disetiap jalan dari kampung saya menuju kebandar terdapat paper yang dalamnya berisi "wasiat penjaga makam nabi" (lebih kurang macm ni la tajuknya.. seriously sy tak ingat tajuknya).. masa ni sy memang pelik.. macam mana benda tu banyak gila kat tengah jalan..so alkisahnya ader la y bgttau ada orang yang sebarkan guna helicopter i think.. haish.. sampai begitu sekali???

pelik pelik.!! dunia semakin pelik.. hee~~
so pesan saye.. sekiranya anda dapat pun.. tolong jangan sebarkan.. hee~~ nak sebarkan pun boleh tapi delete la ayat ayat y takperlu tu..
coz pada i .. cuba bayangkan kalo.. lebih dari 40 kali anda dapat benda ni..

"bla bla bla.. tak sebar anda mati"
"anda mati!!"
"mati!!"
"mati!!"

haish.. maunya mati sunguh orang tu nanti.. hee~~ ini bukan percaya ok.. but kata kata itu satu doa.. kenapa harus kita mendoakan seseorang itu mati.. mengapa tidak kita tulis 

"terima kasih yang teramat kepada mereka yang menyebarkan "warkah" ini.. sama sama la kita saling ingat mengingati.. mudah mudahan hidup kamu santiasa dirahmati ALLAH"

hah kan bagus..sy percaya sekiranya anda baca ayat ni.. paling tidak anda akan tersenyum.. 

kalau nak cakap pasal mati .. pernah dengar tak pepatah kata "mati itu umpama jodoh.. dia akan datang disaat waktu yang ditetapkan untuk kamu menerima kedatanganya itu sudah tiba.. sama ada suka atau tidak.. itu semua sudah ditakdirkan.. dan anda harus menerimanya.."
so takperlu difikirkan .. cuma sentiasa berwaspada supaya mati anda sentiasa didalam iman..

betul tak?? 
conclusionnya mati tu sememangnya sentiasa ada "disebelah" kita.. baik atau jahat semuanya akan mati..
hee.. now sal kiamat lak.. lately ni.. banyak tersebarnya benda ini (jumpa dari cik google.. sebab y kat fb tak jumpa carik)

Semalam. Siaran RTM di Negeri Pahang. Tergempar. Ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat disusuli gempa bumi selama 3 minit. Mungkin ini tanda-tandanya kepada semua yang bergelar muslim. Hari ini pakar meteorologi bahagian bunyi dari Rusia mendapati sesuatu bunyi ganjil seperti ngauman raksasa dari bawah mantel bumi. Menurut para ulama, kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal yang berusaha untuk naik ke muka bumi. Oleh itu, kita disuruh sentiasa tak berhenti azan dan solat. Sebarkan kepada umat Islam yang lain. Amanah! Wallahualam. Kita yang menentukan diri kita. Jangan skip untuk baca ini. Sebarkan kalau sayang pada Islam.
(btw ini adalah isi sms yang kebanyakan orang terima.. kata si penulis)

hurm.. seriau seminit bila i baca benda ni.. tapi i tak la pulak terima benda ni.. hanya baca di fb.. tapi beberapa saat selepas itu i terbaca pula pendapat2 kebanyakan orang yang mengatakan semua ini hanya lah palsu.. PALSU PALSU PALSU.. Tak percaya u all pergi Google sendirik.. sudah banyak dibahskan disitu.. mengunakan pelbagai tajuk antara lain contohnya aderlah..

Hadith palsu zaman Moden
(click tajuk untuk ke wall penulis)

by alexanderwathern on Tue Feb 10, 2009 8:37 pm 

“Slm,kpd smua yg brglr mslim,hri ni pkr meteorologi bhgn bunyi dr Rusia mndpti ssuatu bnyi gnjil sprti ngauman rksasa dr bwh mantel bumi.Menurut para ulama kmungkinan bsr itu suara Dajal y brusaha utk naik ke muka bumi.Oleh itu,kita d sruh sntiase x b’henti azan n solat,sbrkn kpd 10 umat ISLAM...amanat.

Siapalah pencetus angkara ni ya? Jangan-jangan orang dari ‘line’ telefon tak? Maklumlah, satu orang kena sebar kepada sepuluh orang. Kalau ada sejuta orang pengguna, kan dah jadi 10,000,000 sms? Lagi cepat habis kredit pengguna, lagi untunglah pihak penjualnya. Ini sekadar agak-agak saja, belum ada bukti kukuh pun.

Dari semasa ke semasa pelbagai berita buruk yang boleh menggugat ketenteraman jiwa umat Islam disebarkan melalui cara di atas. Kena sebar kepada 10 oranglah, 7 oranglah. Antaranya berita Masjidil Aqsa dikepung, seolah-olah hendak diserang dan diruntuhkan oleh tentera Zionis sebentar saja lagi. Selang beberapa bulan, masuk lagi mesej yang sama. Entah berapa kalilah Masjidil Aqsa hendak dikepung dan diruntuhkan. : )

Kadang-kadang isinya dalam bentuk fadhilat. Contohnya (lebih kurang):

“Laailahaillallah, Muhammadurasulullah. Kalimah tauhid yang membawa berkat. Sabda Nabi, sampaikan walau satu ayat. Sebarkan kepada 10 orang Islam, insyaallah membawa kebaikan.”

‘Hadis-hadis palsu zaman moden’ ini hampir-hampir tidak ada manfaatnya. Jika ada perkataan “sampaikan kepada sejumlah orang” biasanya mengarut saja. Memang baik kita abaikan. Sekiranya anda menulis ataupun mendapat hadis umpamanya, dan mahu disampaikan kepada orang lain, itu memang bagus. Tapi yang berisi arahan supaya sebarkan kepada sejumlah orang, kadang-kadang berupa ugutan pula, jangan dilayan

Ugutan yang dibuat pun memang melucukan (bagi yang tahu). Samalah halnya dengan surat berantai kisah Syeikh Ahmad yang ‘mengetop’ kisahnya sekitar 70-8-an dulu. Sesiapa yang sebarkan surat itu kepada sejumlah orang, pasti akan mendapat imbuhan keduniaan seperti kenaikan pangkat, mendapat anak dan macam-macam lagi. Siap diberikan contoh kejayaan orang-orang kenamaan yang pernah menyebarkan surat itu. Sesiapa yang tidak percaya dan tidak mahu menyebarkannya pula, akan ditimpa musibah yang besar, juga beserta contoh-contoh mereka yang pernah terkena musibahnya. ‘Hadis-hadis palsu zaman moden’ ini pun ada juga yang diselitkan ugutan seumpama ini. Orang awam yang kurang pengetahuan pun bersungguh-sungguhlah menyebarkannya kerana takut terkena musibah. Mana yang lebih bijak, mereka SMS ustaz-ustaz dulu minta penjelasan.

Antara bahaya besar yang kita nampak daripada aktiviti penyebaran ‘hadis-hadis palsu zaman moden’ ini boleh kita ambil daripada cerita ‘Penggembala dengan Harimau’. Penggembala berteriak kepada orang kampung kononnya kambing-kambingnya diserang harimau. Apabila orang kampong tiba, ternyata perkara itu hanyalah dustaan si penggembala. Kali pertama orang percaya, kali kedua orang percaya. Masuk kali ketiga orang buat tak tahu saja walaupun ketika itu memang betul ada harimau menyerang kambing-kambing.

Dalam hal ‘hadis palsu moden’ ini, dikhuatiri satu hari nanti umat Islam sudah hilang sensitif kerana muak ditipu berulang-kali dan akhirnya buat tak tahu saja mesej yang disebarkan sedangkan ketika itu umat Islam memang betul-betul berada dalam bahaya dan memerlukan gerak segera. Memang tidak bertanggungjawab para pencetus ‘hadis palsu moden’ ini.

Kita kembali kepada ‘hadis palsu moden’ yang saya terima di atas. Agak melucukan bunyinya “pakar meterologi BAHAGIAN BUNYI”. Adakah jawatan sebegitu? Jika ada, betullah tu, mungkin saya yang kurang ilmu.

Pakar bahagian bunyi itu kononnya mendakwa terdengar bunyi seperti NGAUMAN RAKSASA dari bawah mantel bumi. Terus PARA ULAMA menyatakan bunyi itu kemungkinan bunyi Dajal yang mahu naik ke atas muka bumi. Oang-orang di Rusia (banyak yang atehis) sana percaya kisah Dajjalkah?

Amboi, amboi, cepat betul pakar-pakar bunyi itu berhubung dengan PARA ulama sedangkan mereka baru mendengar bunyi itu HARI INI! Masa bila pula apabila ada sesuatu penemuan baru, pakar-pakar meteorology Rusia menajdikan ulama sebagai rujukan? Dan para ulama pun begitu pantas sekali memberikan ulasan. Yang mana satu Dajal ni, yang nak keluar dari bawah tanah tu ke... ataupun yang mula-mula menulis mesej di atas? Hebat betul Dajjal, keluar-keluar dari BAWAH MANTEL BUMI, terus capai telefon bimbit dan tulis mesej. : )

Kemudian, bila masa pula Dajjal tinggal di bawah bumi? Saya rajin juga membaca dan membuat nota tentang Dajjal tapi tak jumpa pula kisah Dajjal tinggal dalam tanah, dan mengaum pula bunyinya. Pencetus ini nyata jahil ehwal agama Islam.

Kejahilannya terserlah lagi apabila membuat seruan supaya umat Islam SENTIASA/ TIDAK BERHENTI mengerjakan solat dan berazan. Ajak orang supaya membanyakkan solat itu bagus, tapi olat dan azan ‘non-stop’ tu pernahkah dibuat para pendahulu kita? Boleh jadi si pencetus ini bukan orang Islam, tak mustahil. Lebih-lebih lagi apabila dia menulis “kpd 10 umat ISLAM” dengan perkataan ISLAM diserlahkan berhuruf besar. Cepatlah habis ‘kredit’ orang-orang Islam asyik menyambung rantai mesej palsu. : )

Zaman dahulu, hadis-hadis palsu yang menggesa umat Islam menambahkan amal memang banyak. Antara tujuannya supaya umat Islam leka dengan amal dan ketinggalan ehwal keduniaan menyebabkan musuh-musuh Islam mudah menjatuhkan Islam. Ada juga yang mahu mengukuhkan kedudukan politiknya lalu menyebarkan fadhilat amal yang luar biasa. Tujuannya supaya umat Islam kurang masa untuk meneliti ehwal politik, maka dia akan mengaut apa-apa keuntungan politik.

Contohnya hadis-hadis yang mengatakan jika melakukan satu amal tertentu berterusan ataupun pada masa tertentu, akan mendapat pahala 7 orang nabi. Sekali buat sudah dapat pahala 7 nabi, kalau dibuat setiap tahun, setiap minggu? Wahhh, kalah habis para nabi punya amal!

Begitulah, salah satu kaedah untuk mengenal hadis palsu ialah ganjaran yang dijanjikan itu terlalu berlebih-lebihan. Orang awam pun berlumba-lumbalah mengikut saranan hadis palsu itu sedangkan pada masa yang sama pencetusnya mengaut keuntungan.

Abu Zulfiqar' Alexanderwathern'


erh erh.. baru perasan.. rupa rupanya benda ni adalah isu lama yang ditimbukan semula (refer tarikh  entri diatas dibuat) dan juga baru perasaan pasal surat layang y saya sebut pun ader juga dibahaskan diatas.. so terbukti sudah benda tu tak betulkan.. hee~~

apa apa pun.. fikirlah dan buatlah yang terbaik untuk diri keluarga dan masyarakat.. jangan terlalu taksub dengan dunia sehingga menyebabkan akidah anda terpesong..

yang baik itu datang dari ALLAH yang buruk itu sudah tertentunya dari saya dan juga manusia2 sekalian.. wallahualam..